Wednesday, May 14, 2008

Konsep : THE BIG WHY

Kenapa agaknya anda nak kereta besar? Kenapa anda nak rumah banglo 2 tingkat?? Kenapa anda nak masuk universiti? Kenapa anda nak belajar? Kenapa nak itu? Kenapa nak ini?
Kadang-kadang dalam perbualan dengan kawan-kawan, saya bertanyakan mereka secara tak langusng, kenapa anda menyambung pelajaran anda? Kenapa anda bekerja? Kenapa? Mereka akan pandang saya terpinga-pinga, dan tanya saya kembali : ‘ Ai Mal, takkan itu pun kau tak tau?’ Dalam hati saya kata, mana nak tau, itu pasal tanya
Mereka kata lagi : ‘ Aku belajar sebab dah ini je yang aku boleh buat pada masa sekarang ni. Mak ayah aku suruh aku masuk universiti. Nak cari kerja nanti, nak gaji besar, kena ada kelulusan tinggi. Belajar pun dah sebab tertulis dalam takdir hidup aku, masa ni, ni la yang aku buat, proceed je la. Tapi kau tau, tired belajar ni. Kadang-kadang malas nak belajar, tapi macam aku kata, kena proceed la. Ni je choice aku sekarang’
Perbualan tamat di situ
Tahukah anda, untuk setiap keputusan yang melibatkan anda dan kehidupan anda, yang anda buat di dalam hidup anda, anda bertanggungjawab sepenuhnya. Tiada perkara seperti anda terpaksa membuat pilihan atau anda tidak ada pilihan. Anda yang menentukan pilihan anda. A winner makes a decision. Jika anda menafikan perkara ini, maknanya anda bukan WINNER yang selalu anda fikirkan. Kita membuat keputusan dan berpegang kepada keputusan kita. Kita ambil risiko. Dont play safe all the time.
Anda perlu tahu apa yang anda nak. Kenapa anda nak kan sesuatu itu. Kenapa dan kenapa?
Untuk apa anda melakukan semua ini? Ada orang yang tak suka kerjanya tetapi mereka melakukannya kerana keluarga. Ada keluarga yang perlu di sara. Itu OK. Ada orang mencintai kerjaya mereka dan mereka bekerja dengan keseronokan. Itu sangat OK! Tapi ada juga yang tak tau kenapa mereka bekerja. ITU TIDAK OK. Anda perlu tahu, untuk apa anda melakukan sesuautu ini. Dan lebih berikan perhatian kepada apa sebabnya anda melakukan itu semua. Anda belajar untuk apa? Bekerja untuk apa. Untuk siapa? Apa pentingnya untuk anda?
Anda mesti mempunyai sebab di dalam setiap perkara yang anda putuskan. Ini bermakna, anda perlu berfikir sebelum melakukan keputusan. Kerana apa? Kelak bila berhadapan cabaran, anda ada berhadapan dengan ingatan bahawa anda yang memutuskan hal ini dahulu, dan berusaha untuk menanganinya. Jika tidak, anda akan ada sifat ini : LEPAS TANGAN dan MENYALAHKAN ORANG LAIN
Be responsible to your life. What say you?
Kenali Impian Anda

Anda mesti tahu apa anda nak capai, atau apa impian anda. Mengetahui kehendak hati anda, memudahkan anda mengenal pasti impian anda.
Masalah, adakah anda mengenali impian anda? Cuba anda tutup mata anda sekarang. Saya maksudkannya Dan bayangkan apa yang anda nak pada saat ini
Anda yang sedang lapar, mungkin tengah bayangkan makanan.
Pelajar yang homesick, mungkin terbayangkan ibu dan ayah di rumah
Seorang pekerja yang tidak bercuti selama setahun, mungkin terbayangkan resort dan suasana tepi pantai yang menyenangkan
Seorang peniaga, mungkin membayangkan ramai pembeli hari ini>
Secara jujurnya, ini memang terjadi. Tetapi jika saya tanya, apakah yang anda impikan di dalam hidup anda?
Ramai yang akan diam. Ada yang tengok orang lain dan tunggu mereka jawab dulu, baru mereka jawab. Ada yang tiru jawapan orang lain. Cuma segelintir yang akan menjawab dengan bersungguh! Ada pula YANG TAK TAU APA DAN DIAM SAJA.
Ini membezakan orang yang kenal impian hidup mereka dengan yang tidak. Orang yang menjawab dengan bersungguh adalah yang tahu impian mereka. Yang diam langsung tidak tahu mengenainya. Yang memberi jawapan lambat-lambat sahaja, mungkin cuma sekadar menjawab persoalan itu tadi.
Anda bagaimana? Kenal tak impian anda? Anda je yang tahu Salam Kejayaan
Dua Perkara Penting di Permulaan Perjalanan Ke Arah Kejayaan

Ada dua perkara penting yang orang lupa dalam kehidupan yang sibuk ini. Pertamanya adalah menetapkan impian. Oleh kerana mereka sibuk dengan rutin harian, mereka lupa apa yang mereka mahukan. Sehinggalah satu hari mungkin mereka terfikir secara sengaja atau tidak, maka terpacullah soalan seperti ini : ‘ Apa yang aku nak dalam hidup ini?’
Kemudian setelah mereka mula
menyenaraikan impian hidup mereka. Mereka akan mula mengubah kehidupan mereka. Maka mereka berhadapan satu lagi masalah besar. Mereka ragu-ragu akan kebolehan mereka mencapainya. Timbul pula soalan seperti ini : ‘ Boleh ke aku capai semua tu?’
Bila saya menulis sesuatu di blog ini, ia adalah berdasarkan kepada pengalaman hidup saya sendiri. Dan juga melalui pembacaan serta pemerhatian dari semasa ke semasa. Bagi saya, permulaan kejayaan itu sendiri memerlukan dua perkara ini. Yakni, matlamat di susuli
kepercayaan kepada diri
Matlamat menjadikan perjalanan seharian kita mempunyai hala tuju. Setelah kita punya hala tuju, kita akan bergerak ke arahnya. Sayangnya bila kita di datangi dugaan, kita akan merasakan bahawa, bolehkah aku capai? Di situ nanti ada antara kita akan mula mempersoalkan kebolehan diri sendiri. Mempersoalkan kebolehan mereka sama ada mereka mampu, layak atau tidak dan sebagainya.
Sebab itu juga saya meletakkan syarat
kepercayaan pada diri sendiri itu di tempat kedua. Ketidakpercayaan anda pada diri anda, yang gemar saya katakan sebagai kepercayaan lama yang salah, perlu anda robohkan dan ganti dengan kepercayaan yang baru.
Bila anda percaya diri anda, anda punyai matlamat, anda akan berpadu dengan jiwa anda. Anda menjadi kukuh dan stabil. Dan pada tika itu, datang apa sahaja dugaan, anda tidak akan putus asa. Anda mungkin jatuh, tapi anda tetap bangkit. Itu adalah lumrah perjalanan kejayaan. Punyai saat jatuh bangun yang memberi pengajaran dan keseronokan.
Jika anda tidak punyai kepercayaan kepada diri anda sendiri, maka apabila anda jatuh, anda mula menunding jari pada orang lain. Anda menunding jari pada diri sendiri. Anda menyalahkan takdir, anda menyalahkan banyak benda. Maka anda sendiri menarik lebih banyak situasi kegagalan kepada anda. Anda tidak cuba bangkit, maka anda fokus pada kegagalan. Maka sebab itu orang yang tidak percaya pada diri mereka, tidak berganjak ke mana-mana. Mereka kekal di satu titik yang sama.
Kini anda sudah ketahui, untuk anda berjaya, pertamanya anda perlu punyai matlamat, kedua anda perlu percaya kepada diri anda. Percaya tanpa berbelah bahagi. Anda tidak mungkin mampu meraih kepercayaan orang lain, sekiranya anda sendiri tidak percaya diri anda
Salam Kejayaan!~

SABAR ASAS KEJAYAAN


Al-Quran menyebutkan perkataan sabar lebih 90 kali. Ini membuktikan sabar itu diambil berat oleh Allah. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
Sabar adalah sebahagian dari iman, seperti kepala adalah sebahagian dari jasad.
Sabar adalah satu sifat yang terpuji yang berguna kepada seseorang. Dengan sabar membolehkan seseorang itu terselamat dari putus asa, tidak melakukan sesuatu tindakbalas kepada seseorang lain dengan sewenang-wenangnya. Bersabar menjadikan seseorang itu muslim yang baik. Sabar telah menjadi satu asas kejayaan.
Seseorang pelajar pada masa kini, menempuh cabaran yang berat, beban kewangan dan pelajaran semakin bertambah. Bersabar sangat-sangat diperlukan untuk mencapai kejayaan. Pepatah Arab menyatakan:
Sesiapa yang berusaha atas sesuatu akan tercapai maksudnya.
Ini membuktikan sesiapa yang tekun dan bersabar dalam sesuatu perkara atau pekerjaan dan terus mara mengikut jalan yang di tentukan, lambat laun akan berhasil dan sampai kepada matlamatnya.
Ketekunan dan kesabaran menghadapi dugaan pelajaran bermula dari peringkat rendah, menengah hingga ke menara gading. Sebagai seorang pelajar yang mahu terus berjaya sayugia menjadikan sabar itu sebagai lampu suluh dalam pegangan hidup. Dengan itu kita akan berjaya dan tanamlah sifat ingin belajar disamping selalu mentaati perintah Allah dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang. InsyaAllah kita akan berjaya.
Sabar terdapat dalam 3 keadaan





1. Sabar dalam mentaati Allah. Untuk menjalani perintah Allah dan mengerjakan suruhanNya, seseorang muslim perlulah bersabar. Tanpa bersabar, suruhan dan perintahNya tidak dapat dilakukan dengan baik oleh seseorang kerana tanpa sabar mereka akan melanggar perintah Allah, apabila perintah itu dianggap sebagai sesuatu yang membebankan.
2. Sabar dalam meninggalkan maksiat. Dalam menjalani sebuah kehidupan, sudah tentu kita ingin melakukan sesuatu perkara yang didorong oleh nafsu kerana manusia mempunyai nafsu syahwat yang ingin melakukan maksiat dan kemungkaran serta melanggar hukum-hukum dan perintah Allah. Oleh tiu, manusia muslim harus bersabar dalam menahan keinginan nafsunya dari melakukan amalan dilarang.
3. Sabar dalam menempuh ujian. Manusia tidak dapat lari dari menempuh pelbagai dugaan, bencana, bala, kesusahan dan seribu macam ranjau duri serta kepahitan hidup. Untuk menghadapi keadaan itu, muslim mestilah bersabar dan tidak berputus asa kerana ia satu sifat yang tercela. Perlu diingat, semua itu adalah yang telah ditetapkan oleh Allah